OMG

, , No Comments

Assalamualaikum..

Ya Allah gementarnya rasa !! Aku dapat panggilan temuduga untuk course interior design. Takut dia jangan cakaplah. Nak terkencing, terberak, muntah semua rasa datang bertandang XD

Aduhhh takut seyh, aku dahlah jenis yang tak reti sangat nak bercakap dengan orang apatah nak ber-speaking. Dengar cerita time interview ni nanti depa interview guna bahasa English. Walaweh. Berbelit ler lidah aku nanti. Sis tak pernah nak practise ber-speaking ni 😂

Ber-speaking dengan bestfriends pun selalunya main-main, bergelak sakan bila kitorang main guna je bahasa english tu. Grammar semua berteghabuq 😂

Dokumen yang perlu dibawa nanti pula memerlukan pengesahan daripada pengetua sekolah lama aku. Waduh mana sempat tho. Dengan tak ada transport-nya. Aduhh macam-macam lah aihhh. 😤

Takpelah. Terpaksa juga cari masa. For my future juga en. Sabo je lah. Dobar-dobar dada eden ni tak hilang lagi nokkk. XD

Harapan aku nanti time interview aku tak kaku, tak terkencing dalam seluar, sakit perut and tak hilang keyakinan. Ufufufufu. Matilanakkkk. Takut beb.

Wish me da best guys 😁

Boo biubiu 💋

0 comments:

Post a Comment

Leave your comment below chio!