Done Temuduga

, , 10 comments
 Assalamualaikum~

Semalam aku telah pun selesai menghadiri temuduga bagi course interior designer aka ID. Alhamdulillah~

Penat woo, habis sakit-sakit badan. Bukannya lama mana pun temuduga tu. Sekejap je. Yang lamanya kena tunggu giliran. Memang berjanggut juga la aku menunggu. 😂

Masa sampai sana sejujurmya aku tak tahu nak buat apa ouh. Aku follow je sorang makcik ni dengan anak dia. Dia pun sampai sekali dengan aku masa tu. Kitorang kena daftarkan diri di meja-meja kaunter yang telah disediakan mengikut program yang telah kami pilih semasa apply di UPU haritu.

Pilihan pertama aku sememangnya course interior designer aka ID ni. Actually aku sebenarnya tak pernah tahu pun tentang course ni. Ibu abah yang recommend course ni. So, aku pun buat ler research pasal ID ni. Menarik juga course ni sebenarnya.

Aku pun selalu juga layan cerita pasal design rumah ni dekat tv channel HGTV 😌

Malas nak cerita banyak sangat pasal course ID ni sebab aku sendiri tak pernah belajar lagi course ni.

Semalam pun lepas daftar kitorang ada ujian lukisan. Nanti adalah objek yang dia sediakan. Kita just perlu lukis sampai rasa puas and tiptop gitu uolls 😂 Korang ada sejam untuk melukis ni. Janganlah lupa bawa pensel/pemadam. Susah beb nanti. Nak pinjam pun kita tak kenal orang kan. Ofcourse lah segan gak.

After melukis, nanti diorang agih-agihkan calon mengikut course pilihan masing-masing untuk di temuduga. Haaa time ni berdobar giler habaq hang.

Tunggu punya tunggu akhirnya sampai giliran aku. Ya Allah takut dia beb jangan cakaplah. Sebelum ni tak pernah kena Interview. Memang emm seram ler. Tak tahu situasi dia macam mana.

Dengan bismillah aku melangkah menghampiri penemuduga aku. Aku duduk bila dia suruh duduk. Takut gak nak terus duduk je (nampak x betapa penakutnya aku ni)

Sumpah menggeletar gila. Penemuduga aku tu pula serious je muka. Aku pun diam je lah sampai dia suruh aku intro. Gagap beb. Banyak kali gak aku diam cari idea nak cerita pasal apa. 😂

Lepastu adalah dia tanya aku itu ini. Aku jawab je lah seadanya. Alhamdulillah berjalan lancar. Tak adalah teruk mana actually. 😂

Finally, dah boleh balik. Yey !! #psstt ramai yang sesat nak cari jalan pergi kat tempat mula-mula kitorang sampai 😂

Korang doa-doakanlah aku dapat course ni. In sha Allah kalau ada rezeki. Amin. 😊

10 comments:

  1. seriously course ID? jaja paling sukaa bab bab design. mcm dah plan nk design rumah sendiri hahahah tp hmm xlayak kot. so amik course lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal. nai sendiri pun teringin nak design rumah sendiri.. rumah idaman habaq hang xD

      Delete
  2. bestnya jd ID. I Minat giler bab2 design ni. tp citer2 x kesampaian.haha

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, mesti dapat tu. All the best k! ❤

    ReplyDelete
  4. insha Allah kau dapat nai XD chaiyokk!

    ReplyDelete

Leave your comment below chio!