Tips : berhenti merokok dgn cara betul dan berkesan

, , No Comments
Sebagaimana kita ketahui bahwa merokok lebih banyak memberi kerugian berbanding keuntungan. Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung dan angin ahmar atau strok. Merokok boleh memberi kesan buruk kepada hampir setiap organ dan tisu badan manusia. Walaubagaimanapun orang ramai tetap merokok dan semakin banyak anak muda yang mulai berjinak-jinak belajar merokok.
berhenti merokok
Keburukan merokok dan Mengapa Perlu Berhenti Merokok
1. Merokok memberi keburukan kepada semua orang. Ia tidak memberi kebaikan kerana merokok memberi kesan buruk kepada orang di sekeliling anda terutama ahli keluarga. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan, kurang berat badan atau mati selepas lahir.
2. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan kanak-kanak sering sakit dengan mengalami batuk-batuk, selsema serta jangkitan telinga, hidung dan tekak, mengalami perkembangan paru-paru yang lemah, mendapat asma
Faedah-Faedah yang diperolehi Jika Berhenti Merokok
* Panjang umur – Satu dari dua perokok akan mati lebih awal disebabkan penyakit berkaitan merokok. Merokok membunuh hampir 5 ribu rakyat Malaysia setiap tahun.
* Mengelakkan dari bahan-bahan berbahaya – Asap rokok mengandungi hampir 4,000 bahan kimia dan 50 daripadanya boleh menyebabkan kanser.
* Mencegah penyakit – Hampir 40 jenis penyakit yang berkait dengan merokok. Kanser paru-paru, sakit jantung, penyakit paru-paru yang kronik,strok dan ulser di bahagian lapisan kulit perut adalah antara penyakit-penyakit bahaya akibat tabiat merokok
* Kehidupan yang lebih sihat kerana mereka yang tidak merokok kurang mendapat batuk, selsema dan lain-lain penyakit pernafasan berbanding dengan perokok
* Mencegah daripada mendatangkan keburukan kepada orang lain kerana apabila anda merokok, ia memberi kesan kepada orang di sekeliling anda, di mana asap rokok tersebut boleh mendatangkan serangan asma dan lain-lain penyakit berkaitan dengan pernafasan
* Menjadi contoh yang baik terutama untuk keluarga dan anak-anak.
* Meningkatkan tahap kecergasan dan memiliki badan yang sihat
* Meningkatkan deria bau dan rasa
* Memiliki gigi yang putih dan nafas yang segar
* Rambut dan pakaian tidak berbau asap rokok
* Menjimatkan wang.
* Melindungi alam sekitar dari pencemaran asap rokok.
* Puntung rokok dibuang oleh perokok boleh menyebabkan kebakaran.
Tips Bagaimana Cara Untuk Berhenti Merokok Cara Betul dan Berkesan
Terdapat pelbagai kaedah untuk berhenti merokok.  Tapi pastikan anda pelajari kaedah yang betul dan jangan tersilap perhitungan. Faktor yang paling penting adalah keinginan anda untuk menjadikannya satu kenyataan. Usaha tangga kejayaan.
1. Tetapkan tarikh untuk berhenti iaitu target untuk korang berhenti merokok.
2. Yakin diri dan kuatkan azam untuk berhenti merokok.
3. Buatkan nota peringatan dan lekatkan di mana-mana tempat yang mudah untuk korang lihat sebagai peringatan.
4. Katakan pada diri “Saya Bukan Perokok” dan tekadkan pada diri “Saya Mampu Berhenti Merokok!”/
5. Sentiasa berfikiran positif.
6. Dapatkan sokongan daripada keluarga tersayang dan juga rakan taulan.
7. Minum air kelapa muda bagi menghilangkan rasa ketagihan untuk merokok.
8. Setiap kali terasa untuk merokok cuba lengahkan dengan membuat perkara lain sehingga terleka dan lupakan perasaan untuk merokok.
9. Buang segala rokok dan kotak rokok yang masih terdapat dalam simpanan.
9. Yang penting amalkan 12M untuk berhenti merokok
Tips Berhenti Merokok 12 M :
  1. Melengah-lengahkan iaitu cakap pada diri sendiri tunggu 5 minit atau katakan nanti sebentar sehinggalah anda tidak merasa ketagihan merokok.
  2. Menarik nafas panjang iaitu tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan.
  3. Minum air dengan kuantiti yang banyak terutamanya air masak. Elakkan minuman berkafein seperti nescafe dan kopi.
  4. Menyibukkan diri dengan berbuat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.
  5. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok. Cuba jauhkan diri dengan rakan yang merokok  sehingga korang benar-benar telah berjaya untuk berhenti merokok.
  6. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok seperti berkumpul atau lepak bersama kawan yang merokok.
  7. Mengunyah sesuatu seperti gam dan buah-buahan. Elakkan yang manis.
  8. Membasuh tangan selalu.
  9. Mandi dengan kerap.
  10. Meregangkan otot dengan melakukan senaman regangan apabila rasa mengantuk.
  11. Meditasi iaitu dengan menenangkan diri supaya dapat berfikir dengan rasional.
  12. Memohon doa iaitu berdoa kepada Tuhan agar dikuatkan azam dan tingkatkan usaha untuk berhenti merokok buat selama-lamanya.

0 comments:

Post a Comment

Leave your comment below chio!